Tuesday, May 26, 2009

Menanti saat-saat terindah

Saat terindah bergelar mama....walaupun klu diikutkan masih jauh lagi tapi manalah tahu sekejap lagi, malam nanti, esok atau lusa...???
Perasaanku kini???Sukar digambarkan hanya tawakal sahaja kerana pengalaman belum mematangkan aku....cuma pengalaman orang lain sahaja yang kudengar buat bekalan nanti
yg mana aku hanya ada hubby tercinta sahaja memberi semangat...
BB masih elok bergerak sejak pagi tadi, denyutannya seolah begitu dekat sekali, hubungan kami sangat rapat kadang2 walaupun belum bertemu....9 bulan kami bersama...kini pertemuan sebenar insyaAllah akan berlaku jua....semoga pertemuan ini saat-saaat terindahhh buat aku, BB dan hubby
Ya!Allah berikan kekuatanku harap segala kesakitan akan kutanggung dengan tabah....amin...

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Kepada semua guru-guru kesayanganku yang pernah mengajarku selamat hari guru....
Rindunya kepada saat bergelar pelajar?? Aku adalah insan yang sangat menghormati guru2ku...
Walaupon aku bukanlah top student di sek dr segi akedemik tapi....aku adalah pelajar yang sentiasa mengharumkan nama sekolah...sukan, kawad kaki...coral speaking...byk lagilah klu bukan muka aku ni siapalah lagi.....

Tapi nakal tetaplah nakal tapi xlah senakal mereka2 yg bergelar murid n pelajar zaman skang ni...
pukul cikgu..ugut...alah....x brutal langsung.....cikgu/guru adalah insan yang ke-3 selepas ibu n ayah untuk kita semua horamati semua itu...itu sudah pon termaktub.....mungkin ustaz atau yg lebih arif tentang agama lebih tau..tapi...zaman skang ni ibubapa n anak2 naik skali menghentam guru....
di mana hilangnya hormat kita kepada insan bergelar guru????
Dan insan yg mengajar kita satu huruf pun adalah disebut sebagai guru n patut di hormati inikan pula yang mengajar kita dari buta huruf kepada menjadi insan yang ternama...

wah..emosi di petang2 ni....aku pon pernah didenda dipukul dgn buku tebal di bahu tuhan sahaja yang tahu sakitnya, berdiri di luar kelas...n siapkan kerja sekolah, pernah juga berdiri di atas kerusi hingga habis satu waktu blajar....tapi.....adakah aku memaki cikgu...mengherdik cikgu???
sedangkan itu adalah hukuman atas kesalahanku...sedangkan aku sudah form 5 seorg penolong ketua pengawas..tapi hukuman tetap hukuman..aku terima segalanya......atas salah diri sendiri...

Aku bukan dilahirkan sbgi pendidik...mungkin hanya mendidik anak sendiri....apa2pun...jasa guru tetap kukenang samapai bila2......sayang semua cikgu2ku.....

yg sentiasa manis

Hari yang indah lepak di cc dengan hubby.....inilah masa bersantai kami..actually jarang2 sekali
Cuaca yang terik diluar membuatkan malas nak balik ke rumah yang pastinya bahang yg amat terasa???

Actually aku n hubby menantikan saat-saat bergelar mama n abah sebulan genap 18/19 may ni...klu ikut due 18/19 jun nanti tak pastilah cepat atau lambat
semua tu kuasa Ilahi...

Namun aku just mengharapkan saat2 yang pasti menjadi sejarah dalam hidupku itu akan bertukar manis untuk dikenang...

persiapan menanti bakal putera sulong(insyaAllah) hampir sepenunya dilakukan
dengan hati ini sentiasa memanjatkan doa semoga kesejahteraan bersama kami....aku bb n hubby pastinya...

Dan dari kejauhan aku jua memanjat doa kesejahteraan abahku n family yang on d way dr kuantan ke raub...setelah beberapa hari di hospital sbb infeski tube dilehernya hasil rawatan hemodialysis....akibatnya dialysis x dapat dibuat lagi....sudah seminggu lebih kurang
harap abah tabah menghadapi dugaan ini...

Sebenarnya aku n hubby nak melawatnya hari ini tapi disebabkan dia sudah dibenarkan keluar aku x jadi pergi lagipon mak aku kata x payahlah aku datang sbb aku pn da sarat sgtt...
sedih juga x dapat jumpa abah....

harap nanti abah akan dapat melihat n mencium cucu barunya yang ke1-10....
BBku...