Tuesday, September 8, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah kedengaran suara lantang..putera sulungku selamat dilahirkan...berat 4.1kg..semua nurse tekejut faham lah mereka kenapa hampir setengah jam aku kena push....kucupan hangat didahiku hadiah dari abg tanda terima kasih. Aku mendakapnya di dada...kini aku sudah bergelar ibu......laungan azan diperdengarkan oleh abg ditelinganya...hilang segala kesakitan yg berjam-jam kelalui....itulah lazatnya saat-saat kelahiran yang kunantikan semenjak 9 bulan....kupanjatkan kesyukuran yg tidak terhingga kepada Ilahi....segalanya telah selamat...wahai anak...semoga menjadi anak yang soleh dan menjadi insan terpuji dan sentiasa diperlihara oleh Allah....
Kini putera sulungku telah menjangkau 2 bulan...semoga dia sihat mama n abah sentiasa ingin memberikan terbaikmu sayang...

Bulan yg Mulia

Ramadhan 2 minggu je lagi akan berlalu...bulan mulia ni adalah saat2 terindah kerana di bulan inilah aku n abg sayang mula-mula tercetusnya jalinan perkenalan kemudian bertautan menjadi kasih n sayang.....bulan terindah ini juga aku menjadi isteri abg setahun yang lalu...bulan penuh barakah ini juga aku bergelar ibu kepada putera sulong kesayanganku....
Episod indah ini amat bermakna dalam diri ini....moga segala yg indah akan tercoret dalam ramadhan yg seterusnya...